Saturday, 7 April 2012

Bitter Memory Of Being Mother..(Part I)

Hi...Macam Lama Tidak Update Blog dari yang first timer tu...kan apa sya bilang...malas mau Update. lagipun ada masalah sikit...my Eldest Daughter sakit... kena Admit di Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah... and i will story it from the Beginning until she Discharge from Hospital.

Aebygail Start complaining sakit perut tengah Malam yg 12th March tu...dia minta pasang lampu d toilet coz dia cakap mau "O-O"...skali dia p toilet,dia termuntah pula...naaa,start tu malam la dia sakit2 perut and muntah2...earlier, sya ingat dia food poisoning...so, eso dia tu 13th.Mac, me and Hubby bring her p jumpa doktor d permai polyclinic d Donggongon tu..  the Doctor said, "owh, masuk angin saja ni...nanti sya bagi ubat Tahan Muntah, Tahan sakit perut, buang angin sama ubat cacing"...then d clinic tu pun Aeby masi muntah2 and sakit perut.. Sampai rumah terus i served tu ubat tahan muntah...then kasi Aeby makan nasi... after makan nasi...i served  the others ubat sakit perut & buang angin...after a few minute, Aeby complain sakit perut then terus termuntah....hmmmm...

on the 14th.Mac , Aebygail kurang complain sakit perut, then i was thinking that the ubat is working la... but still on & Off sakit juga la... On the 15th.Mac, i was working Morning Shift...balik from morning shift, Saw Aeby masih kesakitan...Then me And Hubby Bring her to Emergency Department...sampai sana, daftar then the Medical Assistant suruh sya p d outpatient department...mungkin dia nampak C Aeby sihat ja time tu... then, sya pun menunggu la dengan sabar d Outpatient department tu... sampai giliran, doctor Check..."mungkin dia kena AGE (Acute Gastro Enteritis)" maksud dia keracunan makanan...again kena bagi ubat tahan muntah...That's All... :(

On the 16th.Mac sya keja petang, Aeby lambat bangun so i didn't saw dia complain kesakitan...sya Jalan p keja jam 11am coz ada wad meeting lagi.. bila sya sampai rumah dari keja petang around 9:30pm, sya nampak Aeby guling2 sudah kesakitan then muntah2...i call my Hubby, suruh pulang awal sikit coz he supposed habis shift at 1am.

sampai ja hubby d rumah, terus kami jalan p Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah... p Emergency waiting about 2 hours d sana baru sampai turn... masuk dalam, tu MA yg Check...so, me and hubby cerita la from the first day sampai hari ini Aeby punya sakit... so, the MA bagi la tu Syrup MMT...dia ckp, kalau dia muntah lagi mungkin kita kena admit masuk wad la... tidak sampai 5 minutes, Aeby muntah sdh...then kena suruh p X-Ray...balik dari X-ray baru Doctor datang cakap sama sya...Puan, Anak Puan mau kena masuk wad la, kita kena masuk IV.Line untuk bagi drip sebab dia nampak macam mild Dehydration sudah.. so, kena insert la IV.Line d tangan Aeby...

Masa tu, i told Aeby mesti mau kuat...jangan nangis k...bila the Nurse insert the IV.Line, Aeby tidak Nangis pun...Hmmm...Such a Strong girl she is.. while waiting for transfer pergi ward Aeby kena kasi transfuse 1pint drip. jam 3am sudah masuk wad d Melur 1 tingkat 3. Sampai D wad, kena interview lagi Sama HO's..sampai dia check2 Aeby..sampai la dekat jam 5am baru siap then Aeby dapat rest. Saya pun sangat2 penat and sleepy...tapi betul2 nda dapat rest sebab wad kanak2 kan...banyak betul budak nangis2 mungkin sebab rasa sakit2 la tu...(nasib juga sya bukan keja d wad kanak2...ngee..) 

Morning 17th Mac, seawal 8:30am Doctor buat Round..ni kali nda juga banyak tanya la, coz durang refer from what the HO's sudah tulis semalam. after the Medical Specialist Round...durang cakap mau refer sama Surgery Team sebab suspect Appendicitis atau Intussusception..

After tu Surgery MO's datang tengok, dia pun suspect  Appendicitis atau Intussusception.. tp for Aebygail Age, mungkin bukan tu Intussusception dia cakap sebab biasa tu penyakit berlaku sama budak2 yg berumur 2 months - 2 years while Aeby is coming to 3 years sudah. so dia suruh pergi buat Scan. before went for scan, Aeby kena ambil specimen contoh darah utk persediaan transfuse darah during operate if needed then kena kasi Insert Ryle's Tube d hidung pergi dalam perut utk kasi kosong tu isi perut dia...that was so hurt until Aebygail Cry Out Loud. Scan Done, then the doctor Said, memang nampak macam tu Usus kecil Masuk Dalam Usus Besar... so they wanted to try Bowel Resection dulu, iaitu kasi flush air masuk dari dubur pergi usus untuk tolak tu Intussusception...kalau berjaya, then No need Operate.. Malangnya, prosedur tu tidak berjaya..:( So Sad to hear that. then kami balik pergi melur 1 ready to Transfer pergi Surgery ward d Melur 3 tingkat 6. 

Sampai d Melur 3 dalam jam 5:30pm, Doktor explain balik kenapa mau buat operation. Consented by my Hubby after risk of operation explained. then the Doctor cakap jam 7:30pm kena pergi OT for emergency Op. After finish Aneasthesia Review Tiba2 satu doktor datang lagi with needle and specimen bottles.. then sya tanya la, doktor mau ambil apa? terus tu doktor cakap mau ambil specimen darah untuk persediaan pindahan darah jika berlaku pendarah semasa pembedahan.. then sya cakap, tadi d Melur 1 durang sudah ambil...so doktor tu cakap, ya sya sudah call tanya d Lab, tapi durang cakap tiada Received.. Ni yg sya mau Marah sama org Lab ni...sudah la budak2 ni kasian mau balik2 kena cucuk ambil darah, boleh lagi cakap tiada Received. kal;au budak yg macam Aeby kuai2 ja kena ambil darah nda apa (tapi sya pun sedih juga dia balik2 kena cucuk jarum walaupun dia nda nangis) kalau kena budak yg sampai 2-3 org mau pusus naa...suruh la tu org Lab naik p wad ambil darah.


Jam 7:30pm as the Doctor said, Aeby kena suruh ready tukar Baju OT and pakai Cap...So, me and Hubby accompany Aeby sampai d OT. sampai OT, Doktor Bius explain lagi semua risiko2 pembedahan...me and hubby dengar sampai Menangis sebab sangat2 risau...  [Saya Doktor bius, yang akan berada bersama2 anak Encik sepanjang Pembedahan d jalankan. sebelum pembedahan, anak Encik akan d beri bius seluruh badan dan anak Encik akan tidak sedar sepanjang pembedahan d jalankan. bius ini mungkin akan menyebabkan alahan bagi sesiapa yg mungkin ada alahan sama ubat bius. dan kami mungkin akan masuk kan tiub ke dalam mulut anak Encik untuk bantu bernafas jika berlaku kesukaran bernafas semasa pembedahan dijalankan] this words really made me and hubby cry..[ mungkin anak encik juga akan d masukkan ke ICU selepas pembedahan utk jagaan Rapi].

Then Hubby Masuk ikut pergi OT and me waiting outside sambil praying harder supaya Aeby is stronger and hope the operation berjalan dengan lancar.....

Hmmm...Macam tlampau panjang sudah ni cerita kan...so, i will Continue with Part II la k.....


Thank You For Reading... Happy Easter To All Of You...

Saturday, 3 March 2012

My First Timer... Started 3.3.2012

Hi...this is my first trial...nda tau la rajin atau tidak ni mau update hahaha... anyhow, i just Name my blog as "BitterSweet This would Taste"... heheee...banyak meaning kali ni arr... sbb dalam hidup kan banyak pahit manis kunun....

well... for remembrance utk sya punya pembukaan blog ni, just to share about my 2 kiddo's kena HFMD which means Hands Foot & Mouth Decease.. yang mana di sebabkan oleh jangkitan  jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71. HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak from direct contact melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD normally not that dangerous and can be cure by itself. Kebanyakan kes tidak perlu admit ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar only .

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.